Mukadimah Kisah AmQ AnaQi

My photo
Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Merupakan siswa kelahiran UiTM Seri Iskandar Perak masih menuntut dan hijau dalam seni Fotografi*Saya Budak baru Belajar*

Thursday, March 31, 2011

Selamat Hari Lahir Abah !

Allah Selamatkan Abah !
Allah Selamatkan Abah !

Allah Selamatkan Abah !
Allah Selamatkan Abah !

My Hero !
Selamat Hari Lahir yang ke 58 pada 30/03/11 !

Semoga abah dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan am sayangkan abah !Amin ! I LOVE YOU Abah !

Seharian Di Kuala Lumpur-Maybank

Pergh ! memang best lah seharian kat KL nie..hehehe
bayangkan aku dari Seri Iskandar naik bas pukul 9 pagi sampai dalam pukul 12tgh hari tapi balik rumah pukul 2pagi ! penat + mengantuk + kesengalan pun ada...hahahhaha
tapi takpelah untuk buat assigment terpaksa digagahkan harus sentiasa bersedia.Cewah !

Aku naik bas Plusliner dengan Qella (Classmate aku) dengan misi masing-masing menyiapkan kerja Photojournalism.Hope dapat lah apa yang diperlukan.Amin !



Nie lah bus Plusliner ! hahha
mana lah tahukan ada yang tak tahu...Xp

Welcome To the KL Central !

Naik KTM untuk sesi shooting !otw ke MidValley !
Aku buat pasal Etika Orang ramai menggunakan Pengangkutan Awam ! Takut jugak sebab ramai orang kot..ish3
apatah lagi mencari kesalahan orang ramai teringat kata-kata Encik Nuri ! Bahaya...uish !
Memang harap nak dapat sikit hari semalam pun jadilah sebab aku tak sabar nak balik rumah family angkat aku...makan makan makan !ahhahaha

First time nie masuk Mid ! hahahaha

Ingat nak makan kat Food Court kat Mid tapi macam tak selera so tetiba teringin nak makan Double Cheese Burger
SODAP !!!

Sekitar Mid dan kat sini aku terpaksa keluarkan RM10 sebab nak bantu kawan nie Candy namanya sebab ada contest lah pasal dia....hehhe
kelakar walaupun berbangsa cina tetap sporting =)

Naik LRT pulak sebab nei lah aku tertinggal aku punya Fail kat KL Sentral masa nak keluarkan duit..hehehe
mamat saleh nie hensem sebab tue aku shoot...haha

Gigih dah sampai Masjid Jamek U-TURN balik ! geram !!hahaha

Alhamdulillah sampai jugak ke Maybank tunggu abang aku habis kerja ! ingat kejep ke..adoi !
Sampai Maybank pukul 6 petang !tapi balik rumah pukul 2 pagi ! Apa cer !
Bukan apa tunggu abang aku habiskan kerja dia kerana time nie Ada meeting antara Bank Lain dan Datuk Seri Wahid (CEO Maybank) tak balik lagi...Kerja Kerja Kerja !

Posing lah ! ada camera kan lagipun dah biasa pergi Maybank !hahaha

Sementara nak tunggu Habis meeting tue tak kan aku nak duduk dalam je kan so aku keluar lah berjalan sekitar-sekitar Menara Maybank yang permai dan sentosa nie.Yang penting nampak Menara Kuala Lumpur.Cuci Mata..hahaha

Sculpture Maybank !

Bahagian atas Maybank !

Penyucian Mata ye..hahaha

Hahaha...kelakar kelakar ! Nie lah abang aku boring kan tue cam sengal je..XD

Nielah abang Said.Dah lama tak jumpa last jumpa masa Dinner kat UPM.
Gurau sakan lah kan..hehe
Ramai sangat Orang Atasan Maybank yang aku jumpa.Yang best keinginan aku nak tengok Datuk Seri Wahid depan mata tercapai.Kecik je orang nya tapi dah nampak ketokohan beliau !
Takkan balik macam tue je kan.Lepas tue g makan kat kedai Kelantan.Boleh lah.Nasi goreng ke?haha

Hari nie nak Interview Puan Aishah ! Bahagian Pembangunan dan Harta Maybank !InsyaAllah harap semua berjalan lancar ! Amin !

takut nya !


Monday, March 28, 2011

Tapak Tangan !

Bila aku tengok balik semua gambar yang aku shoot mesti ada je tapak tangan aku...hehehe
Ini semua salah kawan aku yang ajar katanya nak nampak stroke effect guna tangan dulu. Sampai sekarang aku pergi mana-mana je mesti ada je...XD
Aku perasan bila kawan aku Din tanya : "Apasal ko shoot tapak tangan camtue?"
hahahaha...aku pun tak tau nak kata apa aku cuma cakap nak tengok sharp ke tak...XD

Tengoklah tangan kita ! Kelakar giler !! haahaha


Nie kat Melaka !cantik tak?=)

Nie time shooting kat Ipoh dengan Din !

Kat rumah Din standby sebelum nak shooting kat UTP.

Kat bilik aku sebelum ada event apa tah..hehe

Nie Kat Dataran Seremban OTW nak shoot Citra Budaya Perpatih kat MPS !

Nie rumah pakcik aku ada cukur jambul.

Kat kebun Ubi..hahahahha
So memang berguna kan tapak tangan nie sebelah shoot sebelah pulak jadi model part time..XD
Enjoy >.<

Saturday, March 26, 2011

EARTH HOUR OK !

Pukul 8.30-9.30 malam adalah temujanji kita dengan bumi dengan meluangkan masa selama 1 jam secara candle night dinner..kata orang ! hahahaha

Akan melanda seluruh pelosok dunia ~


Menara Kuala Lumpur Hitam Legam ! OMG ! hahaha


Malam nie tau ! 8.30 - 9.30 malam

Untuk lebih maklumat dan menyokong kempen ini sila ke link nie ~ http://www.earthhour.org/

Enjoy bergelap semua >.<

Apabila Mahu Lakukan Yang Terbaik !

Ya Allah ! Betapa bengang nya aku apabila mendapat tahu bahawa assigment mengenai lagu Seroja oleh Lect aku yang dikatakan berilmu dan cerdik pandai  hanya lah gurauan dan beliau tidak serius dalam memberi tugasan tersebut kepada kami..Ok aku sebagai pelajar hanya mampu mengikut arahan tetapi alangkah kecewanya apabila beliau katakan sedemikian rupa aku tak kisah kalau dia batalkan kerana memberi kesenangan kepada rakan-rakan yang lain aku tak kisah tapi lain benar yang terluah sehingga apa yang aku lakukan sepertia sia-sia dan tidak mendapat hasil !! Kecewa !!


Hanya hati yang terasa !

Hasilnya tidak lah sehebat mana tidak sesempurna hasil seperti beliau hasilkan dan pengorbanan aku pergi menyewa cermin semata-mata hanya membuat assigmnet "main-main" memang menyakitkan hati !Cukuplah mempermainkan kami yang "budak baru belajar" beri kami peluang dalam mendewasakan pengetahuan kami..memang menjengkelkan !

Aku dah tekad semester ini aku mahu lakukan yang terbaik dalam pembelajaran aku dengan permulaan mendapat DEKAN sebagai persediaan bahawa aku sudah bersedia menempuh kehidupan aku yang penuh liku dan rintangan,penipuan dan hasad dengki disekeliling aku agar mudah aku tahu yang terbaik adalah yang baik untuk aku !

ALHAMDULILLAH aku masih bertahan di muka bumi ALLAH SWT ini..InsyaAllah !

Okeylah aku tak mahu dikatakan "main-main" harap esok aku dapat lakukan yang terbaik dengan sesi shooting petang esok dengan menggunakan 4 speedlight :

Ini untuk kegunaan assigment aku..Lect aku yang suruh ok aku buat ! aku buat !


Thanks Tajuddin Nur sebab membantu aku yang Bising nie...hahahahaha


     
Merempit je..ha ada dia ajak merempit kat penang..kelas ko..hahaha
Oklah memang aku rasa sakit hati ! sakit sangat tapi aku kena fokus kena berani terima cabaran !
Ok Fine ! >.<

Friday, March 25, 2011

Lapar Lah Pulak !

Makan nasi lemak ! sedap tapi pedas takpe yang penting dapat free orang belanja..hehehehe

Makan sambil on9..hahaha
Burppppp ! kenyang Alhamdulillah...>.<

Thursday, March 24, 2011

D . E . M . A . M

Tengah hari tadi sempat jugak teman si Tajuddin (classmate aku) pergi interview Ketua Balai Bomba Seri Iskandar,aku pun dah lupa nama dia..hahaha
aku hanya jadi photographer untuk shoot sesi interview 2...tapi guna kamera din lah..camera aku hanya sebagai perakam video sesi interview.

Cepat je Din pergi interview orang padahal aku tak siap lagi mungkin minggu depan kot aku interview abang angkat aku yang dah lama tak jumpa busy memanjang..so ambik kesempatan interview dia YDP Perhubungan Awam Maybank Kuala Lumpur katanya...XD
Kat dalam Pejabat Ketua Balai....sempat lagi snap..hahaha
sebelah tuelah Din..Xp
 Tak sangka pulak tetiba malam nie badan terasa panas sangat.Rupa-rupanya aku demam tapi tak pening lah cuma panas badan je..Nak tidur sekejap pun tak selasa...ish3
Nasib baik Syuk ada panadol boleh kurangkan panas aku nie.Malam nanti nak turun bawah lah beli air 100plus...fuhhh!kipas pun tak terasa....=(
Baru mamam ubat panadol nie..badan rasa panas gila !
Hafiz kata aku banyak dosa...waklu..hahahahaha
yang mamat lagi sorang kat bilik aku nie busy pulak esok dia ada test.Good Luck !
Yang si Muz tue melalak je khoje nya....Xp

nie tengah melatih diri dengan quiz kat dalam lappy...Rajin nie...hehehe
Oklah nak melayan lagu Awan Nano best pulak dengar !=)

Enjoy >.<

Adik Aku !

Tadi 23 Mac 2011 Result Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 keluar dan aku antara yang turut berdebar sebab adik aku pon dapat result SPM tue tadi....
Walaupun keputusan yang biasa(tapi terror daripada angah...cess..hahahaha) angah mu ini ucapkan tahniah walaupun angah tahu nana dah buat yang terbaik dalam mengejar cita-cita..
Angah doakan yang terbaik dan cita-cita nana untuk menjadi seorang yang berilmu dalam bidang perguruan di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) tercapai...Amin !

Wednesday, March 23, 2011

Bila diri ini menjadi Model Part Time...hehehe

Tolong kawan sebenarnya ok..hahaha
Tapi kadang-kadang apabila melihat kembali gambar tersebut mesti rasa kelakar sebab dulu selalu tengok orang jadi model kan sekarang aku pulak..hahahha

Tadaaa !!!

Gambar Tahun lepas Masa Part 3 jadi Model Basic Lighting photographer Faz..hahaha
segan doe..kih3
gambar profile blog nie sedara-sedara pics nie lah...huhu

Gambar Untuk Low Key photographer Faz...motive ambik aku jadi model?hahahah
*dah edit malu nak tunjuk yg ori..seksi moksi... =D


Gambar Minggu Lepas..>.<
Untuk Tema Communication yang aku bagitau kat post terdahulu....
Subjek Cikgu : Aku jadi Cikgu PJK,Amalina (Berdiri) Cikgu BI dan Isha Cikgu BM dengan seekor iguana...hehehe

Suka Pic nie hingga aku jadikan pic profile fb aku...hak3

Enjoy Kepoyoan Ku >.<

Monday, March 21, 2011

GERAMMM !!! Diulangi !!! GERAMMM !!!

Orang boleh kata aku sebagaimana yang dilihat,
Orang boleh lihat aku sebagaimana yang didengar.
Orang boleh dengar aku sebagaimana yang dikata,

TAPI

Nak buat macam mana salah aku jugak orang kata :

FIKIR

CAKAP

BERANI

Kalau tak tahu :

TANYA

p/s : Jangan nak tunjuk pandai kalau diri tak sehebat mana.Ok !Ditujukan untuk diri sendiri dan yang sewaktu dengan nya.

Enjoy ="(

D2115

Mesti tertanya-tanya kan mengenai tajuk diatas D2115 kalau dipanjangkan menjadi Dahlia 2 Blok 1 Bilik 15...HAHAHA
Saja je nak memperkenalkan penghuni bilik nie.Dah takde ceritakan jadi buatlah cerita.

OK

MOHD HAFIZUDDIN SHAH BIN ISMAIL

Ha mamat nie aku kenal semasa sem 1 lagi sebab dia classmate roomate part 1 aku so selalu lah datang study dan lepak kat bilik aku.First aku jumpa dia aku ingat dia selalu dengan kawan aku Shukri.Shukri nie istimewa sikit sebab walaupun dia kecik tapi semangat besar tau.Hafiz nie tegas EGO LELAKI dan paling ketara Sporting...:D
Dia daripada Diploma Perakaunan Part 4.
Aku pun tak tahu macam mana boleh menjadi lebih rapat sehinggakan semasa sem 2 kitorang seroomate.Takdir kot.Dulu gemuk tau tapi sekarang dah kurus !Yang penting ada awek dah...hahhaha
aku pun tak faham ngan hafiz dengan awek dia borak-borak kat telefon pukul 4pagi..Aku yang tertido pun boleh dengar borak diorang..Adoiiii Tensen Tensen !!hehehe
Tapi kawan ngan Hafiz best.Dialah tempat aku mengadu dan kongsi masalah.Sayang Ko Hafiz..Muah Muahahahahha !!!

Nielah Hafiz !Selekehkan kat Bilik sama cam biliknya..hahaaha


MUZHAFFAR BIN MUNIR

HA !! yang nie mulut lancang sikit tapi tak setanding aku lah..hahahaha
Nie budak part 3 Course Perakaunan Junior Hafiz.Best jugak menghanjing dia selalu sebab mesti nak touching-touuching bukan apa asyik perli orang kenalah lah kan.Rasa-rasanya sem depan dia tak nak sebilik ngan kitorang lagi kot.... =p
Selalu busy buat khoje kolej lagipun Dia JPK Kolej.
Ingat tak best ke kawan ngan dia.Best lah sebab dia selalu pinjam barang tak bagitau..ish ish..Takpe seroomate aku tak kisah.Jahat tak Jahat tak..kih3
Takpe aku tetap sayang ko jugak sebab ko kawan aku saje je tak nak cakap benda yang baik-baik nanti naik minyak plak...!
Pandai Posing depan camera nie..MAMPU !!

AHMAD AMZAR ANAQI BIN JAMZIT

Nama siapa nie?hehehe
Oklah tak banyak cakap,Baik,Hensem dan Suka berleter...kan kan..
Aku yang selalu kat bilik sebab diorang asyik melalak kat bilik lain.Takpelah boleh aku nyanyi sorang-sorang.BEST!
Selalu berfacebook sambil buat keje...kih3
Tak suka cendol sebenarnya ok !Xp

Oklah macam-macam peel kitorang sebenarnya cuma masing Ego kan maleh lah nak cakap.Asalkan didalam bahagia kalau ada masalah kongsi bersama.Betui tak !

Banyak kenangan kat bilik nie kot sebab nie lah bilik aku masa part 2 sekarang dah part 4..Nostalgia !

Masa last day sebelum nak balik rumah semasa cuti sem Jan-Apr 10.
Itu sajalah ! nanti roomate aku baca habis lah aku dibuatnya..hahahha

Enjoy >.<

Sunday, March 20, 2011

Konsert NUR ISTANA !

Enjoy giler !!!Lebih-lebih lagi tarian aku memang minat giler...hahaha
Tapi sayang aku hanya rakam video sebab seat aku jauh sangat..lagipun aku hanya ada kit lens ditangankan Itu je yang termampu...XD

Aishah !!!! Best Kot btw dia Kelakar dan sporting kottt !!!tapi video je ek yg ado....
saboo je lah....
Nielah dalam dewan Seri Iskandar jauh tak seat aku?hahahha
lagipun aku malas nk jalan-jalan.. :D
Barisan aku MPP kot Lynn...!!

Selain penganjuran Konsert Nur Istana mereka turut mengumpul Dana Amal NASOM...iaitu sesuatu pertubuhan kanak- kanak yang menghidap Austisme.Persembahan kanak-kanak tersebut amat memukau dan kelakar hingga membuat setiap perasaan tersentuh..=)

Nie gambar selepas habis Konsert !! Layan ~~~

Belakang:~Ainnur , Muz , Wanie O , Tieka dan Kak Wani
Depan:~Aku ngan Hafiz
Dah xde orang dah Aishah pun dah balik kot...hahahaha
Yang penting Dapat Sticker !! 2 pulak tue..

~Enjoy >,<

Saturday, March 19, 2011

Sabtu 19 Mac 2011

Dah lama tak mandi seawal pagi tadi Pukul 7pagi sebab selalunya  kelas pukul 10pagi jadi mandi lewat ler tapi kerana begitu gigih hari nie terpaksa paksa kan diri untuk mengikuti Bengkel Pengenalan Kumpulan Inovatif & Kreatif Pelajar yang start pukul 8pagi.Ngantukkkkkkkk !!!
takdelah camnie..hehe
Yang nie buat pagi-pagi dah sakit hati orang jeee !!
Memang bengang lah kan anak buah datang tapi yang si kepala tak datang !!!
Akim - Bengang
kalau ye pon tak dapat nak join call or mesej je lah nie senyap ! Puan Sheema call tak terangkat si Hafiz mesej tak reply memang nak carut aku mamat nie.Tapi nak buat macam mana kumpulan aku hanya 3 orang yang hadir itupun yang sorang tue budak part 2.Tak tahu apa-apa pasal KIK dengan projek kumpulan META-FORM-OSIS kitorang.
Tapi bagus kumpulan aku tak ramai yang tak datang.Boring gilerr.. =,=
Tapi tak sangka pulak ada seorang hamba Allah nie.Peminat aku kot...Mesej kat aku "ILY AMZAR"..hahahaha
seram dibuatnya~!!

Lupakan seketika ! Malam ini  !!! JENG JENG JENG !!!

Konsert Nur Istana kat DSI Pukul 8malam nie..weeee

Tapi kalau nak pergi tue sila beli tiket sebab aku beli tiket untuk 3orang.Aku, Hafiz dengan Ainnur !
teringin sangat jadi aku ajak lah diorang.
Tak sabar uolsss..hahaha
Hope malam nie boleh buat aku enjoy sebab aku minat Tarian sebenarnya.Dulu berangan gak bak jadi penari.Dulu ok..hahahahha

Tup..Tup dah pukul 18.54 petang dah...Nah sekeping gambar kat bawah nie sebagai pencuci mata..hehehe

Lawa tak?gambar nie ambik dekat rumah aku nie Kat Negeri Sembilan !Wah rindunya kat Rumah...XD 

Enjoy ~

Photojournalism VS Fashion Photography

Sumpah aku lebih suka subjek Photojournalism daripada subjek Fashion Photography !!


Mungkin sebab aku lebih selesa dalam bidang bertemu orang ramai secara formal dalam sesuatu majlis mahupun pertemuaan secara dua mata.Subjek photojournalism amat menyeronokkan mungkin sebab gambar aku banyak yang dah diprocedd dibandingkan rakan sekelas yang lain yang masih mencari-cari bahan untuk dijadikan assigment.


Photojournalism
Ikon Foto -  Procedd
Foto Sequence - Procedd
Foto 'Esseys' - Procedd
Foto Event - Procedd
Imej Tersirat - Procedd
Interview - OTW
Sukan - Takde Idea
Final - Blur..
Foto 'Esseys' : Proses Penghasilan Bahan Kelapa Sawit
Felcra Nasarudin, Seri Iskandar
Foto Event : Perasmian Citra Budaya Perpatih Negeri Sembilan
*tapi nie time raptai nanti aku upload time perasmian ek..=)


Fashion photography pulak buat aku pening sebab aku tak biasa untuk mencari model yang sesuai sebenarnya.Kalau yang ok mesti dia busy mahupun segan so terpaksa lah aku mencari siapa-siapa yang free sehinggakan perkataan RESHOOT sentiasa kedengaran...Boring Nyaa !!
dah lah tema Communication kena reshoot untuk kali ke-3..adoii !! aku tak faham apa yang Cik Wan nak..Saboo je lah !
Tema COMMUNICATION yang 1 time nie masih blur kerana Lect mahukan model yang berbeza segi (Tak kisah umur or perkerjaan) dengan main idea sejenis Haiwan(Kitorang gunakan Hamster).Assigment nie aku buat dengan Gah.Lect kata "Gambar nie Cantik tapi BURUK !" statment !
Tema SEROJA aku gunakan Lala sebagai Model.Tapi gambar assigment aku malas nak tunjuk sebab tak procedd ag.

Photojournalism VS Fashion Photography
dua-dua subjek amat memerlukanidea dan usaha yang tinggi ! KeGIGIHAN diperlukan ! =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...