Mukadimah Kisah AmQ AnaQi

My photo
Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Merupakan siswa kelahiran UiTM Seri Iskandar Perak masih menuntut dan hijau dalam seni Fotografi*Saya Budak baru Belajar*

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin 1432H

Dah lama tak update blog kesayangan aku nie..hehe


Bulan Baik Hari Baik nie aku nak ucapkan semau Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada semua Blogger yang membaca coretan ini.

Saje nak kongsi dengan korang semua suasana pada hari raya pertama dekat rumah aku tadi.Hahaha





















Tuesday, August 16, 2011

RINDU


Ya Allah Rindunya pada Arwah Emak bila dengar lagu nyanyian Shila nie.
Sedih bila hayati lirik lagu nie.





Al Fatihah.Selamat Berpuasa Emak ='(

Monday, August 15, 2011

ADOBE PREMIERE 6.5



Baru Install dekat Technician Lab dekat Annex 2 tadi.
Sape yang boleh tolong ajarkan nie?First je bukak memang dah blur di luar jangkaan terlalu banyak setting dalam softwer nie.Aiya ! Pening





Nak bukak Youtube line laju kan.
Ok bye

Monday, August 1, 2011

H . D . R


APA ITU HDR ?

H - High
   D - Dynamic
   R - Range..

Bagi pengetahuan aku lah ini adalah antara cara untuk mendapatkan kualiti gambar yang besar dan baik dengan mengabungkan gambar yang sama tetapi berbeza exposure,shadow yang sebagainya senang nak cakap gambar yang 'under',normal dan 'over' tue lah.


Sengaja nak mencuba sebab kebanyakkan rakan-rakan aku mengaplikasikan benda nie dalam tangkapan visual diorang.

Jadi aku pon tidak terkecuali mencubanya kerana didalam assigment Photogram kitoarang kena mengunakan editing ini.Susah kot nak jadi yang betul-betul H.D.R !


Inilah hasil cubaan aku.





Dah lama aku buat nie guna Software Photomatix Pro 4.0.2.
Tapi versi trial lah tak mampu mak sebab tue nampak tulisan kat karya nie..hahaha










Yang nie pulak aku HDR kan terus daripada Adobe Photoshop CS5 sebab dekat dalam tue dah terang-terang ada software untuk HDR.

Aku nie pon mana reti sangat pasal HDR nie tapi kalau kawan aku ada yang pandai mengunakan HDR nie.
Kalau nak lagi info google je.hahaha
Ini antara link yang aku tahu ~ Cara mengaplikasikan HDR

Sunday, July 31, 2011

Kekasihku Adalah Hatiku

Sebaknya rasa hati ini sehingga sekarang masih merasakan getarannya.
Kerananya aku tak mampu melelapkan mata ini.


Alhamdulillah ada juga yang menemani diri ini.Terima Kasih Kawan-Kawan.

Dan baru aku fahami kekasih milikku adalah hatiku.
Kerananya wujudnya perasaan itu.

Cinta

Jiwang ke?huhu

Hati lelaki siapa yang berani lafazkan kekecewaan ini.
Walaupun sebak tapi aku kena terima atas apa yang terjadi.

Lagu ini untukmu Hati aku.

Kau lah peneman hari-hari ku.



Selamat Berpuasa Ramadhan 1432 H

Esok bagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut kedatangan Ramadhan dan terdapat negara lain yang menyambut kehadiran Ramadhan ini lebih awal daripada negara kita.




PUASA !!





Alamak aku pon tak tahu aku dah mulai bersedia atau hanya terus berpuasa tanpa memahami maksud sebenar puasa itu sendiri.Bagi kita puasa itu maksudnya tak boleh makan atau minum dan buat dosa kerana mampu membatalkan puasa itu sendiri.

Sengaja nak mengungkit pemahaman kita mengenai puasa semasa dialam sekolah dulu.Dalam kelas agama mesti sesuatu perkara atau perkataan itu mempunyai dua maksud keseluruhan iaitu Bahasa dan Istilah.Ayoo Rindunya zaman sekolah-sekolah dulu.hahaha

Puasa daripada segi bahasa bermaksud Menahan diri daripada melakukan sesuatu

Bagi Istilah pulak menahan diri daripada nafsu dari melakukan dosa dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula terbit fajar pagi sehingga terbenamnya matahari berserta dengan niat.


Hehehe..Jadi apa tunggu lagi bersediakah kita menyambut ramadhan kali ini??

Bersedia untuk menyerang BAZAR RAMADHAN??

Lapar Sangat Nie...Bruppppp

Rindunya nak 'TAWAF' bazar kat Kampung aku dengan rakan-rakan sekolah dulu.Bila lah nak cuti nie.Hish !
Rindunya nak bersahur dan berbuka puasa dengan Keluarga aku kat Lenggeng tue.
Rindunya!

Malam nie dah bemulanya ibadat Terawikh semoga segalanya berjalan dengan baik hendaknya dan paling penting jangan lupa untuk niat puasa ok.

LUPA !!

Nah untuk kamu semua.Hehehe



Lagu nie lah yang buat hafalan aku kalau lupa masa sekolah dulu.Sekarang pon amsih boleh dipraktikkan lagi rasanya.hahaha

Ok Selamat Berpuasa Ramadhan semua. =)



Monday, July 25, 2011

Aku~Model?

Sabtu lepas aku dengan kawan aku Azrin Syah pergi Putrajaya.Dia yang nak jadi model tapi aku pon sengaja nak jadi model sekali.Hak hak Hak..Layan ~~
















Azrin Syah |Putrajaya|

Kawan sekolah aku.Shooting saja saja sebab dia yang ajak Pergi Putrajaya.Dekat je kot daripada rumah.haha

Sunday, July 17, 2011

Johor Darul Takzim

Akhirnya sempat jugak menapak dekat Segamat Johor nie.
Semalam aku sebenarnya mahu menaiki ktm ke Segamat nie selepas aku Goggle pasal ktm kat Segamat akhirnya tak dapat sebab aku kena naik ktm intercity pukul 12 MALAM !!! giler aku ingatkan masa perjalanan sama dengan ktm biasa rupa-rupanya ikut masa.

Jadi terpaksa aku berpatah balik ke Stesen Bas Terminal 1 dan beli tiket bas Trasnasional (betul ke eja?hak3
Tapi yang tak best dalam jadual pukul 6.30 petang tapi sampai pukul 7.00 malam.Mana tak geramnya lambat lagipun tiada alasan munasabah.GERAM !

Lupakan jelah sengaja mahu mengungkit sebenarnya.hahahaha

Sekarang tengah lepak dekat rumah Faiz kawan aku.Nasib baik best ! Enjoy jerr

Tuesday, July 5, 2011

P.L.K.N

Amboi PLKN
Ha mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku memelikkan diri dengar mencoretkan tajuk P.L.K.N di atas lampiran blog Aku nie kan?

Bersebab

Beginilah lah cerita mukadimah yang terjadi pada malam tadi pukul jam 21:25 minit :47 saat abah yang aku sayangi En.Jamzit Ani menghubungi aku dan memberi satu kejutan.Tak terkejut sebenarnya sengaja untuk mencantikkan coretan tulisan taipan aku ini.Hohoho

Bagi rakan-rakan "Muka Buku" aku mungkin telah sedar dan sudah mengetahui perihal cerita ini iaitu aku sudah menerima surat panggilan balik atau  missed called ya daripada pihak Latihan Khidmat Negara.Wah Wah sudah dijangka aku akan mendapat surat tersebut selepas terdengar daripada rakan-rakan lain yang turut menangguhkan "pengajian" beliau di P.L.K.N telah mendapat surat panggilan balik tersebut.

Ceita dulu aku nak imbas kembali semasa tingkatan 3 lagi aku dah teringin sangat nak menyertai Program nie tetapi ada lah sebabnya kenapa aku tangguhkan P.L.K.N cuma malas nak ungkitkan kembali. =)
Sebab utama sebab boleh pegang senjata.


Teringin nak pegang senjata.amboi
Hahaha.Bila di ingat kembali mengimbas memori memang dulu kita tidak menjangka tetapi sekarang masa berjalan terlalu pantas dan aku perlu mengatur hidup berdikari sebab segalanya mulai berubah dan aku masih aku cuma aku tak boleh untuk menjadi aku berumur 12 tahun aku dah nak 20 tahun.Perancangan dan pemikiran berubah dan aku kalau boleh tak mahu untuk menyahut kembali seruan kerajaan tersebut iaitu menyertai P.L.K.N sebab sekarang kerajaan perlu lebih fokus dalam memikirkan mengenai anak-anak muda yang lain kerana setiap tahun mereka akan menghabiskan zaman persekolahan mereka dan kami sudah mempunyai jalan dan pilihan kami sendiri.

Tapi

Kalau dah kena panggil nak buat macam mana lagikan.Aku sahut kembali !
InsyaAllah kalau diizinkan Allah dan ada rezeki kita jumpa kat sana ok.Tapi bagilah masa untuk aku menghabiskan pengajiaan aku nie dulu ok.Hahaha

Persedian surat masih dalam pengajian takut-takut kena panggil kan.haha
Oklah nak tidur.ok Bye Bye.Selamat Pagi Malam
Assalam~

Sunday, July 3, 2011

Milo Panas

Haa..Aku tengah minum Milo Panas.

Kat Mana?Oh itu Rahsia.HoHo

Itu sahaja aku nak beritahu.Ok Bye

Saturday, July 2, 2011

Assalamualaikum wbt

Hai Hai sudah lama rasanya aku tidak membuka akaun blog Inilah ~ Aku kerana masa tidak mengizinkan dan aku hanya berkesempatan untuk terus mengunakan laman sosial facebook Aku sebagai medan dan tempat untuk aku terus berhubung dengan luar khususnya.


Dengan kerja dan tugasan yang mulai memberi tekanan perasaan yang hebat jadi terpaksalah aku mengurangkan aktiviti "feveret' aku nie.Bukan terus lupakan hanya meninggalkan sebentar agar aku lebih fokus pada pelajaran aku nie.InsyaAllah.


Tadi pon baru selesai menhadirkan diri untuk Program wajib di kampus iaitu PPKP LDK bagi pelajar semester 5 & 6.Ceramah pada malam tadi yang disampaikan oleh

Timbalan Rektor Prof. Madya Sr. Haji Mohd Fisal Ishak.

Yang warna kekuningan itu nama aku ok.Yang penting aku kenal dengan kumpulan yang aku dapat taklah kekok sikit nanti..hehe


Oklah esok ada LDK pukul 8.30 pagi jadi nak tidur awal jadi esok boleh cergas sikit untuk membuat aktiviti dalam kelas,oklah entah bila dapat menaip dan berkongsi cerita kan.
Kalau aku siarkan didalam dinding blog aku nie belum tentu ada yang membaca kan.Hahaha

Jumpa Lagi.Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.

Sunday, June 12, 2011

Correction Pembetulan

Aiyo akhirnya aku dapat pic yang sebetul-betulnya mengenai fine art photographer nie Chris Becker selepas aku tanya kat fb beliau.Fuhh..naseb baek dia kasi link fb dia jadi tak perlu susah susah payah cari..hehehehe

Baik aku minta biografi dan profolio beliau terus je kan..=))))


Pandai beliau kasi pic nie.Awesome !Tapi macam sama je muka  kat post lama aku tue

Saturday, June 11, 2011

Christopher Becker

Biography of Photo Icon of Fine Art
1970 Born, raised in Minnesota
Currently resides in Kennebunkport, Maine, and New York City continuing work in fine art and documentary photography.
Many of his pictures more focused to light painting.




Adakah beliau?aku masih tercari-cari.






Menyampah

Haiyo..terasa macam perasaan tue berbaur-baur segala ramuan tapi pedas lah kan..hahaha
Begini aku tahu aku bangun lewat tadi pukul 12 tgh baru aku tersedar daripada tidur jadi roomate aku lah kan aku tengok nak keluar entah pergi mana dengan roomate bilik lain kang aku cakap ada yang backup melahar aku balik panas pulak bilik nie kang.


'


Aku tak kisah pon diorang ajak ke tak tapi cara percakapan diorang.Hamboi
Macam terkejut aku tak join sekali.Aku dengar je.Pastu roomate aku cakap aku baru bangun tidur
Tapi suasana tue dengan berkumpulan beramai-ramai dihadapan bilik dengan aku yang beru sahaja keluar daripada tandas.Menyampah tahu tak.Plastik je memasing..hahahha*Dah agak pon dari awal-awal aku tengok diorang..hihi

Aku tak kisah pon lagipun aku ada kerja nak buat.Semoga korang enjoy lah ye.hihi
Sedap pulak makan chips more nie.yum yum yum

Thursday, June 2, 2011

Balik Perak Balik Berak eh Balik Perak

Alhamdulillah dah sampai pun dekat Kampus dengan selamatnya.Suka-suka...hahaha
Cuma tak sangka plak Mama aku nak join sekali hantar aku sampai kat Perak yang panas nie sebab selalunya hanya abang dan Abah aku je yang sanggup temankan aku dari part 1 sampai lah part 4 dulu.Tapi kesian pulak sebab hantar aku je lepas tue terpaksa pusing balik nak balik ke rumah jadi sepanjang perjalanan hanya berada dalam kereta je lah.Dari rumah kitorang bertolak daripada pukul 9.30 pagi terus ke KL masuk Highway berhenti  di R&R Rawang lepas tue R&R Tapah dan seterusnya sampai dalam pukul 3.00 petang.Jadi perjalanan tadi ambik masa antara 5 jam lah.Lama pulak sebab selalunya antara masa 4 jam mungkin disebabkan trafik jam dekat KL tadi yelah esok kan cuti sempena Hari Keputeraan Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan Agong ambik peluang nak bercuti lama kan..hehe
Takpelah kalau ada rezeki nanti kita bercuti satu Family ok..=))

Lepak kat pusat Islam tunggu mama habis sembahyang Zuhur.

Sebelum balik posing dulu..haha

Sesudah di Kolej.
Yang paling geram baldi kesayangan aku yang sudah sehati sejiwa dari part 1 samapi part 4 dan memang berbau aku hilang dikebas melaun yang mungkin tertarik dengan baldi aku.Pulangkan lah balik !!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kalau ada gambar baldi tue maybe aku nak print lepas tue letak dekat dinding kolej Wanted !.Biar panas budak tue..ahhahah

lebih kurang camne lah tapi warna purple...hihi

Oklah mari minum air strawberi DMKIM.Sedap mari minum !



opsssss......




Dah habis.Ok bye

Monday, May 30, 2011

Sedih Pulak

Bila ramai cakap pasal benda alah tue aku rasa sedih tiba-tiba.
Yelah korang dapat aku bila lah boleh dapatkan.
Aku dah cuba sebaik mungkin
Aku dah buat yang terbaik
Aku gigihkan diri otak aku nie nak dapat benda lah tue.
tapi mungkin bukan rezeki aku dan aku hanya dibuai mimpi dan impian hanya untuk dapatkannya.

ARGHH !! kalau aku atas bukit Broga nie dah lama aku jerit lepaskan apa yang terpendam.
Nak ceritakan pada orang lain aku taknak buat dia bersimpati kat aku.
Aku dah tabah lali hadapi semua nie.
Nak menangis jangan harap aku nie masih lelaki yang sentiasa bersabar dan perlukan masa untuk berfikir masalah yang aku hadapi nie.

Korang boleh lah suka happy bangga kan dah dapat tapi rasa-rasanya salah aku jugak berharap sangat.tapi salahkah berharap untuk mendapatkan apa yang kita nak.
Memang aku dah biasa hadapi kenyataan apabila sesuatu yang kita nak bukan milik kita tapi bila tidak berbaloi atas usaha yang kita buat boleh gila jadinya.

Kau cakap aku menagih simpati.Oh bukan aku hanya meluahkan dan coretkan apa yang terbuku kat dalam pemikiran aku nie.Aku stress?sentiasa sebab ada je masalah yang perlu aku tempuh dan kadang-kadang aku terpaksa diam dan buat-buat tak tahu.Aku takut untuk hadapi apa yang akan terjadi atas tindakan aku.

Buat masa nie kau jangan tanya soalan bangga kau tue boleh tak?aku tak tahan mendengar.
Bingit tau tak.

Ya Allah ! aku insan yang terlalu lemah untuk hadapi semua ini.Berikan aku kekuatan untuk merasai sedikit kebahagianku.

Masih ada yang perlu aku fikirkan.Penting Penting Penting

p/s~perlukan aku menulis sebegini rupa?lantaklah kau nak berkata-kata apa sahaja.

Sem baru di rumah

Boringlah macam nak balik je Perak tapi ada hal yang tak dapat dielakkan.



Jadi permulaan semester hanya kat dalam rumah je.
Bestkan ! angok ko..hahaha

Monday, May 23, 2011

Selamat Hari Lahir Emak

Semoga Emak ditempat bersama-sama dengan para solehin di Syurga dan dirahmati Allah S.W.T.Al-Fatihah

Sayang cinta dan kasih tetap pada Arwah Emak=))

Bukit Broga 23.05.2011

Bangun Pukul 5.30 pagi.
Sejarah tue sebab ini antara masa yang paling awal untuk aku bangun daripada tidur.hahaha
Dah janji untuk mendaki memanjat menaiki dan seangkatan dengannya di Bukit Broga bersama sahabat tercinta Muhsin Mansor,Rosyairi Rekman dan Fikri Azizol.


Marilah kita melihat sendiri aksi dan pergerakan yang bermula pada pukul 6 setengah pagi.
Mahu tengok Sunrise katanya tetapi Jerebu je yang hado..hahahaha

Subuh bersama.Hahaha

Control macho di awal pagi.

Aik..Lebar nye senyum bang oi..hahaha

Exco Makanan & Minuman kitorang..hihi

Semua dengan muka excited apabila selamat sampai ke tempat yg dituju.

Ery Noh Hujan..hahaha

Ko ingat ko puteri buaian ke..bunian adalah..hahah

3 Jejaka Anggun..ahhah

Jerebu melanda.

Cantik.!

Comel ke?hahaha

Suka ! haha

Aku dengan apit.=))

4 Bujang Senang hilang seorang dan tanpa 2 dara pinggiran..ahhaha

Ok ke tidak aku edit nie..haha..hambek korang !
 Walaupun penat dan peluh sudah memandikan kami yang tough dan fit ini tetapi rasa tidak lengkap tanpa membuat kemunculan khas ke rumah Gadis temban yang disuggest oleh Erry untuk membuat Suprise katanya,Mell..Hahaha


Mell ratu litar berposingkan diri..ahahha

Best !!! Happening dengan Roti Canai Kecik..hahah

Sumpah best giler bersama-sama dengan korang hope lepas nie plan untuk membuat aktiviti "Tergempar" dapat kita jayakan seterusnya merapatkan hubungan persahabatan kita.

THIS IS FRIENDSHIP !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...