Mukadimah Kisah AmQ AnaQi

My photo
Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Merupakan siswa kelahiran UiTM Seri Iskandar Perak masih menuntut dan hijau dalam seni Fotografi*Saya Budak baru Belajar*

Friday, April 29, 2011

Stress + Exam

Esok Exam !
Esok Exam !
Esok Exam !


Bencinya ! mesti aku duduk bahagian hadapan ! sekolah sampai sekarang sama je..hahahha
sebab nama aku bermula huruf A....XD


Aku semalam dah mula study sikit-sikit tapi hari nie paling aku risau ! haiyoo !!!
Harap apa yang aku baca nie esok masuk lah dalam paper esok...hehehehe



Esok paper ATH265 so memang kena mentelaah buku-buku dan nota-nota ye !






Aku nak dekan semester nie memang aku nak sangat..heehehe
saje je nak mengedik-gedik kat blog nie sebab aku tengah tension jadi rilek bro ! hahaha



Slip exam esok ! sentiasa standby dalam beg..kih3


Aiyak ! masa untuk study balik ! Do ur Best AMZAR !!!







Monday, April 25, 2011

Shoot Shoot Shooting !

Adoyaiii !!
Aku baru plan nak kembalikan keremajaan dengan cara putihkan balik kulit aku yang telah menjadi gelap akibat pembakaran terbuka disebabkan kerap bersiar-siar dibawah cahaya sinar matahari semester nie. Subjek Photojournalism yang memaksa aku untuk terus melaksanakan tugasan jadi terpaksalah aku menahan terik panas,hujan renyai,kesesakan trafik,kesibukan kota dan jauhnya perjalanan Tup-tup pagi tadi terpaksa lupakan hajat tersebut kerana subjek Fashion aku masih memerlukan 2 shoot model lagi.


Aku dah gelap !! hahaha


Walaupun terpaksa menahan kepanasan Seri iskandar yang sememangnya panas nak 'mampuihz' aku relakan hati dan badan untuk terus berkhidmat sebagai pembantu dalam bidang fotografi nie..cewah ! hahaha
Korang memang best walaupun aku tak dapat shoot sebab hujan ! geram geram geram !!! hahahahah
Nallis , Gedegang dan Gah ! disamping model cantik Ain Rahim...hehehe



Gadis-Gadis gelak sakan ! suko lah 2..hahahaha

Aku nya tak siap lagi !! Waaa !!!

Sunday, April 24, 2011

Ayam Hitam?Baru aku tahu

Saje je lah nak tulis pasal Ayam Hitam nama saintifiknya Ayam Selasih.Aku terpanggil untuk mencoret pasal binatang ini sebab 'first time' aku jumpa ayam yang berwarna hitam !Sumpah sebelum nie aku tak tahu dan tak ambik tahu pun..hehehehe
Yang buat aku tahu mengenai ayam nie semasa aku membuat assigment dekat Pasar Gunung Rapat dekat Gopeng.Tengah syok-syok tangkap gambar tetibe aku terpandang benda yang berwarna hitam dekat Auntie tue.Rupa-rupanya jenazah ayam.hahaha..memang jakun lah kan tanya sana tanya sini apatah lagi benda 'first time' jumpa,Nasib baik auntie dan kakak kat situ sporting walaupun berlainan bangsa.
Kat nogori den setahu den lah takdo benda alah nie.Nak makan?memang tak nak lah walaupun orang pelawa..hahahaha

Ayooo ! Hitam kan..goli den auntie nie kata rasanya sedap.Sedap ke?hehehe
p/s : ayam nie orang cina punya sebab tue tak disembelih.Harap maklum.

Aku copy paste petikan satu laman web nie :-
Ayam selasih, mempunyai kulit, kaki, daging dan paruh yang berwarna hitam. Hanya bulu sahaja yang berwarna putih.(Petikan daripada laman web http://angsadaria.blogspot.com/2008/07/ayam-selasih-dan-ayam-bittle.html)


Nielah muko ayam Selasih Black tue..comelkan tapi didalam ayoyoo..hahaha

Aku tanya classmate aku pun diorang tak tahu walaupun diorang duk kat Perak nie ha..Ish3..Takpelah yang penting aku tahu ayam ada bnyak jenis lagi selepas kajian mengenai ayam telah aku jalankan..XD

Korang pernah rasa ke?euww...

Thursday, April 21, 2011

Aku sorang-sorang

Tengah duduk kat bilik sorang-sorang kat D2115 tak tahu nak buat apa.Padahal esok aku nak shooting kat studio tapi idea tak datang,tak terbayang-bayang pon apa yang aku perlukan.Nak cari model ! ermm..lagi lah aku malas..hahahha

Aku tak buat apa-apa ok sorang-sorang nie. Itupun kalau ada orang yang sudi call or datang bilik boleh lah aku layan.Kalau yang mesej memang tak terlayanlah sebab tiada kredit..Wiki wiki !

Orang kata aku jatuh cinta, aku dah berpunya padahal aku tak tahu aku bercinta dengan siapa sebenarnya ada bukti sebab aku duduk sorang-sorang sekarang nie..(ye ke???aku no komen !!hahaha)

Kadang-kadang bersendirian sorang-sorang nie timbul jugak rasa boring yelah! rakan sebilik pergi ziarah bilik lain sebab berlainan course jadi nak study senang lain lah macam aku semua classmate lelaki aku semua duduk luar aku yang masih mengedik kat dalam kampus nie.Sabor je lah.

Baiknya jugak aku sorang-sorang nie sebab aku boleh ingat balik apa yang aku dah buat dalam hidup aku nie,imbas balik kenangan manis lah yang pahit tue menyibuk kerjanya.Buat sakit hati je..haha

Kurang baik lah jugak sebab sorang-sorang nie ada je benda yang menyampah tetiba je ada.Kena layan sebab tiada benda nak buat kan...hehehe

best kot sorang-sorang nie sebab aku boleh merepek macam-macam!! hahahah

Melayan perasaan lah jawabnya ! lalala

Sunday, April 17, 2011

Potrait | Inspired Adam Lambert











Credit to Gedegang ,Mayat & Loreal
Talent : Mell Hussain
Potrait | Inspired Adam Lambert


Mens Wear








Credit to Bong & Faq
Talent : Ilyas Eli
Bandar U
Fashion Photography : Mens Wear



Saturday, April 16, 2011

PIC 258 PHOTOJOURNALISM

Alhamdulillah Assigment untuk subjek PIC258 berjalan dengan lancarnya.Terima Kasih pada pensyarah En.Nuri dan En.Hafizie atas segala tunjuk ajar dan juga pada rakan-rakan HD4A yang turut membantu.

Projek 1 : Foto Ikon | Alfred Eisenstaedt



Projek 2 : Foto 'Sequence' | Aksi Tukang Jahit


Projek 3 : Foto 'Essays' | Proses Penghasilan Bahan Kelapa Sawit


Layout A3



Projek 4 : Foto Majlis Rasmi | Perasmian Program Citra Budaya Perpatih


Projek 5 : Imej Tersirat | Keratan Akhbar Ladang, Kilang Sawit Felda dapat piawaian ISCC


Projek 6 : Temuramah | Datuk Sahak Maybank


Projek 7 : Sukan | Ohlaraga Larian Berpagar


Projek Final : Manusia dan Perkerjaan | Pasar Gunung Rapat


Tak sabar untuk Presentation Rabu ini 19/04/2011.Doakan yang terbaik.Amin!





Wednesday, April 13, 2011

Debaran !

Tengah Tunggu En.Nuri kat Annexx 2 untuk procedd gambar semalam dengan Nallis Thanks Nallis coze belanja aku yang tak cukup duit nie...wakakakaka

Ngeee!!
Pukul 2 ptg dah..ayoooooo

Tuesday, April 12, 2011

Busy Oh Yeah !

Kat laptop nie dah pukul 1.31pagi tapi terpaksa jugak siapkan kerja sebab Encik Nuri nak tengok.Rasa-rasanya tak tidur kot.Huah !

Nie lah antara hasil kerajinan ku..wakakaka

Wat keje sambil on9..hehe

Photojournalism..huhu

Lekat ! Lekat !

Sedia meneman si Hafiz..bergayut je khoje nye..hahahaha
Esok pagi erk maksud saya pagi nie nak pergi Ipoh nak shooting untuk Final project.tentang Restoran Klasik Kopitiam Old Town White Coffee kat Padang Ipoh.InsyaAllah saya nak lakukan yang terbaik.
Esok rempit dengan Nallis pulak..sebab dia pun nak shoot kat Ipoh


Kopitiam !
Doakan saya dan Nallis boleh shoot dan fokus.Amin !

Monday, April 4, 2011

Still In Editing Process !! ayoyoo..

Antara Gambar untuk Final assigment Fashion.Dan minggu nie sibuk dengan sesi shooting dan editing dan aku pun dah pening nie !

Hope semuanya berjalan lancar..Amin !

Talent : Ain Rahim




Sunday, April 3, 2011

Broga Hills 1o/o6/10 ~ Mengimbau Kenangan..hehe

Aku pergi dengan adik dan abg aku !! sumpah best macam nak pergi lagi..
aku baru pergi 2 kali je padahal bukit tue dekat je..kih3















Enjoy >.<

Saturday, April 2, 2011

Ain + Kebaya Ungu

Majlis Perasmian Citra Budaya Perpatih Negeri Sembilan 12 Mac 2011

"Adat Dijunjung Budaya Disanjung"
Acara ini dilangsungkan selama 3 hari iaitu 11,12 dan 13 Mac 2011 dan Dirasmikan pada 12 Mac 2011 (Sabtu) anjuran bersama Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan, Kerajaan Negeri Sembilan dan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara.Program ini turut tersenarai dalam 'Malaysia Book Of Records' Tarian Piring Seribu.



























Negeri Sembilan terkenal dengan Adat dan budayanya yang unik serta diamalkan berbeza dengan Negeri-Negeri lain di Malaysia. Keunikan ini merupakan Aset yang boleh diangkat sebagai salah satu acara untuk memperkenalkan budaya Adat Perpatih kepada masyarakat luar khususnya pelancong dalam dan luar negara.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...