Mukadimah Kisah AmQ AnaQi

My photo
Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Merupakan siswa kelahiran UiTM Seri Iskandar Perak masih menuntut dan hijau dalam seni Fotografi*Saya Budak baru Belajar*

Sunday, July 31, 2011

Kekasihku Adalah Hatiku

Sebaknya rasa hati ini sehingga sekarang masih merasakan getarannya.
Kerananya aku tak mampu melelapkan mata ini.


Alhamdulillah ada juga yang menemani diri ini.Terima Kasih Kawan-Kawan.

Dan baru aku fahami kekasih milikku adalah hatiku.
Kerananya wujudnya perasaan itu.

Cinta

Jiwang ke?huhu

Hati lelaki siapa yang berani lafazkan kekecewaan ini.
Walaupun sebak tapi aku kena terima atas apa yang terjadi.

Lagu ini untukmu Hati aku.

Kau lah peneman hari-hari ku.



Selamat Berpuasa Ramadhan 1432 H

Esok bagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut kedatangan Ramadhan dan terdapat negara lain yang menyambut kehadiran Ramadhan ini lebih awal daripada negara kita.




PUASA !!





Alamak aku pon tak tahu aku dah mulai bersedia atau hanya terus berpuasa tanpa memahami maksud sebenar puasa itu sendiri.Bagi kita puasa itu maksudnya tak boleh makan atau minum dan buat dosa kerana mampu membatalkan puasa itu sendiri.

Sengaja nak mengungkit pemahaman kita mengenai puasa semasa dialam sekolah dulu.Dalam kelas agama mesti sesuatu perkara atau perkataan itu mempunyai dua maksud keseluruhan iaitu Bahasa dan Istilah.Ayoo Rindunya zaman sekolah-sekolah dulu.hahaha

Puasa daripada segi bahasa bermaksud Menahan diri daripada melakukan sesuatu

Bagi Istilah pulak menahan diri daripada nafsu dari melakukan dosa dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula terbit fajar pagi sehingga terbenamnya matahari berserta dengan niat.


Hehehe..Jadi apa tunggu lagi bersediakah kita menyambut ramadhan kali ini??

Bersedia untuk menyerang BAZAR RAMADHAN??

Lapar Sangat Nie...Bruppppp

Rindunya nak 'TAWAF' bazar kat Kampung aku dengan rakan-rakan sekolah dulu.Bila lah nak cuti nie.Hish !
Rindunya nak bersahur dan berbuka puasa dengan Keluarga aku kat Lenggeng tue.
Rindunya!

Malam nie dah bemulanya ibadat Terawikh semoga segalanya berjalan dengan baik hendaknya dan paling penting jangan lupa untuk niat puasa ok.

LUPA !!

Nah untuk kamu semua.Hehehe



Lagu nie lah yang buat hafalan aku kalau lupa masa sekolah dulu.Sekarang pon amsih boleh dipraktikkan lagi rasanya.hahaha

Ok Selamat Berpuasa Ramadhan semua. =)



Monday, July 25, 2011

Aku~Model?

Sabtu lepas aku dengan kawan aku Azrin Syah pergi Putrajaya.Dia yang nak jadi model tapi aku pon sengaja nak jadi model sekali.Hak hak Hak..Layan ~~
















Azrin Syah |Putrajaya|

Kawan sekolah aku.Shooting saja saja sebab dia yang ajak Pergi Putrajaya.Dekat je kot daripada rumah.haha

Sunday, July 17, 2011

Johor Darul Takzim

Akhirnya sempat jugak menapak dekat Segamat Johor nie.
Semalam aku sebenarnya mahu menaiki ktm ke Segamat nie selepas aku Goggle pasal ktm kat Segamat akhirnya tak dapat sebab aku kena naik ktm intercity pukul 12 MALAM !!! giler aku ingatkan masa perjalanan sama dengan ktm biasa rupa-rupanya ikut masa.

Jadi terpaksa aku berpatah balik ke Stesen Bas Terminal 1 dan beli tiket bas Trasnasional (betul ke eja?hak3
Tapi yang tak best dalam jadual pukul 6.30 petang tapi sampai pukul 7.00 malam.Mana tak geramnya lambat lagipun tiada alasan munasabah.GERAM !

Lupakan jelah sengaja mahu mengungkit sebenarnya.hahahaha

Sekarang tengah lepak dekat rumah Faiz kawan aku.Nasib baik best ! Enjoy jerr

Tuesday, July 5, 2011

P.L.K.N

Amboi PLKN
Ha mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku memelikkan diri dengar mencoretkan tajuk P.L.K.N di atas lampiran blog Aku nie kan?

Bersebab

Beginilah lah cerita mukadimah yang terjadi pada malam tadi pukul jam 21:25 minit :47 saat abah yang aku sayangi En.Jamzit Ani menghubungi aku dan memberi satu kejutan.Tak terkejut sebenarnya sengaja untuk mencantikkan coretan tulisan taipan aku ini.Hohoho

Bagi rakan-rakan "Muka Buku" aku mungkin telah sedar dan sudah mengetahui perihal cerita ini iaitu aku sudah menerima surat panggilan balik atau  missed called ya daripada pihak Latihan Khidmat Negara.Wah Wah sudah dijangka aku akan mendapat surat tersebut selepas terdengar daripada rakan-rakan lain yang turut menangguhkan "pengajian" beliau di P.L.K.N telah mendapat surat panggilan balik tersebut.

Ceita dulu aku nak imbas kembali semasa tingkatan 3 lagi aku dah teringin sangat nak menyertai Program nie tetapi ada lah sebabnya kenapa aku tangguhkan P.L.K.N cuma malas nak ungkitkan kembali. =)
Sebab utama sebab boleh pegang senjata.


Teringin nak pegang senjata.amboi
Hahaha.Bila di ingat kembali mengimbas memori memang dulu kita tidak menjangka tetapi sekarang masa berjalan terlalu pantas dan aku perlu mengatur hidup berdikari sebab segalanya mulai berubah dan aku masih aku cuma aku tak boleh untuk menjadi aku berumur 12 tahun aku dah nak 20 tahun.Perancangan dan pemikiran berubah dan aku kalau boleh tak mahu untuk menyahut kembali seruan kerajaan tersebut iaitu menyertai P.L.K.N sebab sekarang kerajaan perlu lebih fokus dalam memikirkan mengenai anak-anak muda yang lain kerana setiap tahun mereka akan menghabiskan zaman persekolahan mereka dan kami sudah mempunyai jalan dan pilihan kami sendiri.

Tapi

Kalau dah kena panggil nak buat macam mana lagikan.Aku sahut kembali !
InsyaAllah kalau diizinkan Allah dan ada rezeki kita jumpa kat sana ok.Tapi bagilah masa untuk aku menghabiskan pengajiaan aku nie dulu ok.Hahaha

Persedian surat masih dalam pengajian takut-takut kena panggil kan.haha
Oklah nak tidur.ok Bye Bye.Selamat Pagi Malam
Assalam~

Sunday, July 3, 2011

Milo Panas

Haa..Aku tengah minum Milo Panas.

Kat Mana?Oh itu Rahsia.HoHo

Itu sahaja aku nak beritahu.Ok Bye

Saturday, July 2, 2011

Assalamualaikum wbt

Hai Hai sudah lama rasanya aku tidak membuka akaun blog Inilah ~ Aku kerana masa tidak mengizinkan dan aku hanya berkesempatan untuk terus mengunakan laman sosial facebook Aku sebagai medan dan tempat untuk aku terus berhubung dengan luar khususnya.


Dengan kerja dan tugasan yang mulai memberi tekanan perasaan yang hebat jadi terpaksalah aku mengurangkan aktiviti "feveret' aku nie.Bukan terus lupakan hanya meninggalkan sebentar agar aku lebih fokus pada pelajaran aku nie.InsyaAllah.


Tadi pon baru selesai menhadirkan diri untuk Program wajib di kampus iaitu PPKP LDK bagi pelajar semester 5 & 6.Ceramah pada malam tadi yang disampaikan oleh

Timbalan Rektor Prof. Madya Sr. Haji Mohd Fisal Ishak.

Yang warna kekuningan itu nama aku ok.Yang penting aku kenal dengan kumpulan yang aku dapat taklah kekok sikit nanti..hehe


Oklah esok ada LDK pukul 8.30 pagi jadi nak tidur awal jadi esok boleh cergas sikit untuk membuat aktiviti dalam kelas,oklah entah bila dapat menaip dan berkongsi cerita kan.
Kalau aku siarkan didalam dinding blog aku nie belum tentu ada yang membaca kan.Hahaha

Jumpa Lagi.Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...