Mukadimah Kisah AmQ AnaQi

My photo
Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Merupakan siswa kelahiran UiTM Seri Iskandar Perak masih menuntut dan hijau dalam seni Fotografi*Saya Budak baru Belajar*

Monday, May 30, 2011

Sedih Pulak

Bila ramai cakap pasal benda alah tue aku rasa sedih tiba-tiba.
Yelah korang dapat aku bila lah boleh dapatkan.
Aku dah cuba sebaik mungkin
Aku dah buat yang terbaik
Aku gigihkan diri otak aku nie nak dapat benda lah tue.
tapi mungkin bukan rezeki aku dan aku hanya dibuai mimpi dan impian hanya untuk dapatkannya.

ARGHH !! kalau aku atas bukit Broga nie dah lama aku jerit lepaskan apa yang terpendam.
Nak ceritakan pada orang lain aku taknak buat dia bersimpati kat aku.
Aku dah tabah lali hadapi semua nie.
Nak menangis jangan harap aku nie masih lelaki yang sentiasa bersabar dan perlukan masa untuk berfikir masalah yang aku hadapi nie.

Korang boleh lah suka happy bangga kan dah dapat tapi rasa-rasanya salah aku jugak berharap sangat.tapi salahkah berharap untuk mendapatkan apa yang kita nak.
Memang aku dah biasa hadapi kenyataan apabila sesuatu yang kita nak bukan milik kita tapi bila tidak berbaloi atas usaha yang kita buat boleh gila jadinya.

Kau cakap aku menagih simpati.Oh bukan aku hanya meluahkan dan coretkan apa yang terbuku kat dalam pemikiran aku nie.Aku stress?sentiasa sebab ada je masalah yang perlu aku tempuh dan kadang-kadang aku terpaksa diam dan buat-buat tak tahu.Aku takut untuk hadapi apa yang akan terjadi atas tindakan aku.

Buat masa nie kau jangan tanya soalan bangga kau tue boleh tak?aku tak tahan mendengar.
Bingit tau tak.

Ya Allah ! aku insan yang terlalu lemah untuk hadapi semua ini.Berikan aku kekuatan untuk merasai sedikit kebahagianku.

Masih ada yang perlu aku fikirkan.Penting Penting Penting

p/s~perlukan aku menulis sebegini rupa?lantaklah kau nak berkata-kata apa sahaja.

Sem baru di rumah

Boringlah macam nak balik je Perak tapi ada hal yang tak dapat dielakkan.



Jadi permulaan semester hanya kat dalam rumah je.
Bestkan ! angok ko..hahaha

Monday, May 23, 2011

Selamat Hari Lahir Emak

Semoga Emak ditempat bersama-sama dengan para solehin di Syurga dan dirahmati Allah S.W.T.Al-Fatihah

Sayang cinta dan kasih tetap pada Arwah Emak=))

Bukit Broga 23.05.2011

Bangun Pukul 5.30 pagi.
Sejarah tue sebab ini antara masa yang paling awal untuk aku bangun daripada tidur.hahaha
Dah janji untuk mendaki memanjat menaiki dan seangkatan dengannya di Bukit Broga bersama sahabat tercinta Muhsin Mansor,Rosyairi Rekman dan Fikri Azizol.


Marilah kita melihat sendiri aksi dan pergerakan yang bermula pada pukul 6 setengah pagi.
Mahu tengok Sunrise katanya tetapi Jerebu je yang hado..hahahaha

Subuh bersama.Hahaha

Control macho di awal pagi.

Aik..Lebar nye senyum bang oi..hahaha

Exco Makanan & Minuman kitorang..hihi

Semua dengan muka excited apabila selamat sampai ke tempat yg dituju.

Ery Noh Hujan..hahaha

Ko ingat ko puteri buaian ke..bunian adalah..hahah

3 Jejaka Anggun..ahhah

Jerebu melanda.

Cantik.!

Comel ke?hahaha

Suka ! haha

Aku dengan apit.=))

4 Bujang Senang hilang seorang dan tanpa 2 dara pinggiran..ahhaha

Ok ke tidak aku edit nie..haha..hambek korang !
 Walaupun penat dan peluh sudah memandikan kami yang tough dan fit ini tetapi rasa tidak lengkap tanpa membuat kemunculan khas ke rumah Gadis temban yang disuggest oleh Erry untuk membuat Suprise katanya,Mell..Hahaha


Mell ratu litar berposingkan diri..ahahha

Best !!! Happening dengan Roti Canai Kecik..hahah

Sumpah best giler bersama-sama dengan korang hope lepas nie plan untuk membuat aktiviti "Tergempar" dapat kita jayakan seterusnya merapatkan hubungan persahabatan kita.

THIS IS FRIENDSHIP !

Friday, May 20, 2011

Pasar Siti Khadijah

Saje je nak berkongsi cerita, pengalaman dan gambar semasa aku menjelajah(ye ye je kan..hahaha)

Yang paling aku suka masa pergi kat kelatan ha tempat nie memang popular lah kan iaitu Pasar Siti Khadijah. Pergh banyak jugak lah barangan yang dijual kat sini tetapi aku hanya mampu memandang kerana bajet lari.haha

Nie sedikit info pasal Pasar Siti Khadijah (Copy paste je yang aku mampu..hahaha )
~
Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.
Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga .
Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih "tahi itik, akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan.


Meriah

Rasanya boleh jadi stadium bola kot..ahha

Omak den jatuh!!melatah nogori ye nek..hihi

Thanks Nallis sebab tunjukkan aku jalan kat Kota Bharu nie walaupun sekejap je kan..sedih..huhu

Segarrr...grrrr

Nenek nie sporting habessssss...Aku suka kuih akok nenek nie..yum3


Nie anak buah KFC rasanya..hihi  
 
 
Yang paling best makanan kat sini yang lain tak bukan dekat Misai Kopitiam.tak percaya!!!


TENGOK NIE !!
 
Encik.Azalan kenal tak?hihi

Nie kedai keluarga Kawan aku si Nallis Azalia classmate aku dekat Perak.Dah alang-alang aku pergi Kelatan lepas itu mama dia ajak datang ke rumah aku apalagi terpaksa balik lewat sikit sebab nak tidur rumah dia..Bestt!!Nasi kerabu !!hihihihi
Nanti kalau korang berkesempatan datang Kelatan jangan lupa singgah Ke Kopitiam En.Misai.hihi
Terletak dekat Kampung Chap,Bachok ok dibuka dari Jam 7 malam - 12 Tgh Malam.
Menu paling best Nasi lemak dan Nasi Kerabu.Teh Beng satu !!! ahhaha..my feveret..yum3

Walaupun aku kat sana hanya 5 hari tetapi berada ditempat orang tak sama dengan tempat sendiri.Budaya dan cara kehidupan yang berbeza membuatkan aku sanjumg budaya yang ada kat tanah air kita nie.

Aku ada satu gambar nak dikongsikan.

Kat dalam kapal.Best nyer kalau aku dapat jadi Steward.=)

Nanti cerita gosip lain ok.Bye bebeh

Thursday, May 19, 2011

Jelajah Pantai Timur | Kelantan-Terengganu

Akhirnya dapat jugak aku pergi bercuti dekat Pulau Perhentian di Terengganu tapi bukan itu sahaja aku dapat jugak menjelah dekat Kelantan..hahahaha


Gambar bercuti...Hensem ! hahahaha


Berikut aku bagi sedikit info pasal Pulau Perhentian.

~Kepulauan Perhentian (Pulau Perhentian dalam bahasa Melayu) berada sekitar 10 batu nautika (19 km) pantai timur laut Malaysia di Negeri Terengganu, sekitar 40 batu (64 km) selatan sempadan Thailand.
South Beach, Perhentian Besar

Dua pulau utama adalah Perhentian Besar ("Big Perhentian") dan Perhentian Kecil ("Small Perhentian"). Seperti Besut,. orang di sini umumnya berbahasa Melayu Kelantan.


Tak nak cakap besar lah kan berikut aku kongsikan sedikit gambar lah...hehehe


Cantik kan?boleh buat poskad nie..haha
Pulau Kecil


>.<




Sunrise



Kawan aku yang Besar "Jang"..haha



Sedikit je yang mampu aku kongsikan walaupun ada banyak lagi (yelah tempat lawa kan sayang nak tunjuk kat org..hahahah)..
Yang penting impian sejak kecik nak naik Kapal Terbang tercapai jugak...Oh Yeah! tapi tak mahu lah nak buat lompatan bintang tue.Malu aku ! >.<


Terima Kasih Air Asia & Jang


Yang paling best aku dapat wat aktiviti snorkling(dah lah tak tahu berenang..bantai je lah..hihihi)
Janji makanan dekat Kelantan sodap-sodap !! habis hilang diet aku cuti-cuti nie...hahaha
Apa-apa pon aku paling risau result yang dijangka keluar 25.05.2011 nie..awww

Thursday, May 12, 2011

Wednesday, May 11, 2011

Kota Bharu >> Perhentian !

Yuhuu !
Esok tak sabar nak naik flight sebab first time kot..hahahahaha
gedik kan tapi takpe pengalaman..yang tak boleh blah kawan aku suruh aku yang akan menaiki pesawat lompat bintang tiga kali dan sebut "Yeah ! aku first time naik flight !! hohoho " kuang asam gelugor kan ..hahahahhaha

Naik Air Asia ! wakakaka

Dah siap packing awal-awal dah...tak sabar nak shoot gambar kat sana...weeeee ! >.<

Tuesday, May 3, 2011

Cepatnya Masa

Ya Allah. Cepat sungguh masa yang berlalu dan masuk bulam Mei.


Jan,Feb,Mac,April dan Mei..Ayooooo

Baru lepas habis final exam dan sekarang hanya ada 3 minggu untuk bercuti.Cepatnya masa berlalu.
Walaupun dah start bercuti tetapi ada satu lagi assesment yang tak habis lagi iaitu PIC257 Fashion Photography.Aku nak sangat DL sem nie insyaAllah aku mahu yang terbaik lakukan yang terbaik.


Apa yang aku nampak kat group PIC257.aSSESment Khamis nie ! bukan minggu Depan ke..Aduh !!
Takkan nak balik esok sebab aku tak tahu nak pergi sana balik camne.Naik Bas lepas tue nak lepak mana.
Ish Ish...plan yang tak terancang...huhuhu
Baru 3 hari kat rumah rasa tak puas pulak lagipun selasa depan abang angkat aku nak pergi Mekkah buat Umrah so memang nak pergi rumah dia kat KL tetapi macam-macam hal penting yang tetibe datang buat aku pening nak fikirkan yang mana satu nie.Lepak kat rumah best sebab ada keluarga lepas tue boleh 0n9..boleh lepak-lepak ngan kawan-kawan..ahhahahah

Erm..kenapalah masa-masa macam nie ramai menghulurkan tangan pertemuan sebab aku sukakan seseorang tetapi ada insan lain yang dahulu memberi aku jawapan.Aaahh..kenapa sekarang ko diam, ko tak perasan tetapi orang lain yang datang ! I miss u..tetapi masa bukan datang macam teu sahaja dan aku tak mahu begitu mengharap sangat.Aku cuma mahu akan kepastian. Itu sahaja.

adakah aku?
Banyak sangat yang aku fikirkan.Banyak peluang yang aku kena ambil. Tetapi masa begitu cepat berlalu dan aku tak mahu menunggu menungu menunggu lagi.Aku ada impian dan cita-cita yang ku perlukan.Cepatnya masa berlalu.

Sekarang aku tengah melayan tulisan coretan Lissa..huhuhu
sedih plak baca.thanks Lissa I miss U too.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...