Mukadimah Kisah AmQ AnaQi

My photo
Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Merupakan siswa kelahiran UiTM Seri Iskandar Perak masih menuntut dan hijau dalam seni Fotografi*Saya Budak baru Belajar*

Sunday, July 31, 2011

Selamat Berpuasa Ramadhan 1432 H

Esok bagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut kedatangan Ramadhan dan terdapat negara lain yang menyambut kehadiran Ramadhan ini lebih awal daripada negara kita.




PUASA !!





Alamak aku pon tak tahu aku dah mulai bersedia atau hanya terus berpuasa tanpa memahami maksud sebenar puasa itu sendiri.Bagi kita puasa itu maksudnya tak boleh makan atau minum dan buat dosa kerana mampu membatalkan puasa itu sendiri.

Sengaja nak mengungkit pemahaman kita mengenai puasa semasa dialam sekolah dulu.Dalam kelas agama mesti sesuatu perkara atau perkataan itu mempunyai dua maksud keseluruhan iaitu Bahasa dan Istilah.Ayoo Rindunya zaman sekolah-sekolah dulu.hahaha

Puasa daripada segi bahasa bermaksud Menahan diri daripada melakukan sesuatu

Bagi Istilah pulak menahan diri daripada nafsu dari melakukan dosa dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula terbit fajar pagi sehingga terbenamnya matahari berserta dengan niat.


Hehehe..Jadi apa tunggu lagi bersediakah kita menyambut ramadhan kali ini??

Bersedia untuk menyerang BAZAR RAMADHAN??

Lapar Sangat Nie...Bruppppp

Rindunya nak 'TAWAF' bazar kat Kampung aku dengan rakan-rakan sekolah dulu.Bila lah nak cuti nie.Hish !
Rindunya nak bersahur dan berbuka puasa dengan Keluarga aku kat Lenggeng tue.
Rindunya!

Malam nie dah bemulanya ibadat Terawikh semoga segalanya berjalan dengan baik hendaknya dan paling penting jangan lupa untuk niat puasa ok.

LUPA !!

Nah untuk kamu semua.Hehehe



Lagu nie lah yang buat hafalan aku kalau lupa masa sekolah dulu.Sekarang pon amsih boleh dipraktikkan lagi rasanya.hahaha

Ok Selamat Berpuasa Ramadhan semua. =)



2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...