Mukadimah Kisah AmQ AnaQi

My photo
Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Merupakan siswa kelahiran UiTM Seri Iskandar Perak masih menuntut dan hijau dalam seni Fotografi*Saya Budak baru Belajar*

Tuesday, July 5, 2011

P.L.K.N

Amboi PLKN
Ha mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku memelikkan diri dengar mencoretkan tajuk P.L.K.N di atas lampiran blog Aku nie kan?

Bersebab

Beginilah lah cerita mukadimah yang terjadi pada malam tadi pukul jam 21:25 minit :47 saat abah yang aku sayangi En.Jamzit Ani menghubungi aku dan memberi satu kejutan.Tak terkejut sebenarnya sengaja untuk mencantikkan coretan tulisan taipan aku ini.Hohoho

Bagi rakan-rakan "Muka Buku" aku mungkin telah sedar dan sudah mengetahui perihal cerita ini iaitu aku sudah menerima surat panggilan balik atau  missed called ya daripada pihak Latihan Khidmat Negara.Wah Wah sudah dijangka aku akan mendapat surat tersebut selepas terdengar daripada rakan-rakan lain yang turut menangguhkan "pengajian" beliau di P.L.K.N telah mendapat surat panggilan balik tersebut.

Ceita dulu aku nak imbas kembali semasa tingkatan 3 lagi aku dah teringin sangat nak menyertai Program nie tetapi ada lah sebabnya kenapa aku tangguhkan P.L.K.N cuma malas nak ungkitkan kembali. =)
Sebab utama sebab boleh pegang senjata.


Teringin nak pegang senjata.amboi
Hahaha.Bila di ingat kembali mengimbas memori memang dulu kita tidak menjangka tetapi sekarang masa berjalan terlalu pantas dan aku perlu mengatur hidup berdikari sebab segalanya mulai berubah dan aku masih aku cuma aku tak boleh untuk menjadi aku berumur 12 tahun aku dah nak 20 tahun.Perancangan dan pemikiran berubah dan aku kalau boleh tak mahu untuk menyahut kembali seruan kerajaan tersebut iaitu menyertai P.L.K.N sebab sekarang kerajaan perlu lebih fokus dalam memikirkan mengenai anak-anak muda yang lain kerana setiap tahun mereka akan menghabiskan zaman persekolahan mereka dan kami sudah mempunyai jalan dan pilihan kami sendiri.

Tapi

Kalau dah kena panggil nak buat macam mana lagikan.Aku sahut kembali !
InsyaAllah kalau diizinkan Allah dan ada rezeki kita jumpa kat sana ok.Tapi bagilah masa untuk aku menghabiskan pengajiaan aku nie dulu ok.Hahaha

Persedian surat masih dalam pengajian takut-takut kena panggil kan.haha
Oklah nak tidur.ok Bye Bye.Selamat Pagi Malam
Assalam~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...