"Adat Dijunjung Budaya Disanjung" Acara ini dilangsungkan selama 3 hari iaitu 11,12 dan 13 Mac 2011 dan Dirasmikan pada 12 Mac 2011 (Sabtu) anjuran bersama Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan, Kerajaan Negeri Sembilan dan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara.Program ini turut tersenarai dalam 'Malaysia Book Of Records' Tarian Piring Seribu.
Negeri Sembilan terkenal dengan Adat dan budayanya yang unik serta diamalkan berbeza dengan Negeri-Negeri lain di Malaysia. Keunikan ini merupakan Aset yang boleh diangkat sebagai salah satu acara untuk memperkenalkan budaya Adat Perpatih kepada masyarakat luar khususnya pelancong dalam dan luar negara.